Quantcast
Channel: Kandungan Terkini
Viewing all 2376 articles
Browse latest View live

SESI TOWNHALL ANGGOTA BERSAMA PENGURUSAN MBJB BAGI BULAN JANUARI 2020

$
0
0

07 Januari 2020 : Sekitar Sesi Townhall Anggota Bersama Pengurusan MBJB bagi bulan Januari 2020 yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pagi tadi.

Dalam sesi ini, warga kerja telah melafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam selain mendengar amanat yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Bandar.

Anggota-anggota telah diberi peluang untuk melontarkan pandangan, cadangan serta idea-idea bernas bagi menambahbaik pengurusan MBJB secara keseluruhannya.

 


Carta Organisasi

$
0
0

CARTA ORGANISASI MBJB

* Klik pada gambar untuk saiz imej yang lebih jelas

 

JOM KURUS FREE WORKOUT JOHOR 10 JANUARI 2020 BERMULA 8.30 MALAM DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

$
0
0

Untuk Makluman warga bandaraya, tarikh program Free Workout Johor Teah Ditukar Ke Hari Jumaat, 10 Januari 2020 (Jumaat) Bermula Jam 08.30 Malam Di Dataran Bandaraya Johor Bahru.


 

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DAN TAZKIRAH MBJB DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM

$
0
0

09 JANUARI 2020 : Sekitar Program Membudayakan Al-Quran dan Tazkirah MBJB pagi tadi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

 




Gimnasium Muafakat Kini Dibuka

KOPERASI MBJB

$
0
0

LATAR BELAKANG

Fail cadangan untuk menubuhkan koperasi Majlis Bandaraya Johor Bahru telah dibuka seawal tahun 1997 semasa Tuan Haji Asri bin Amat menjadi Pengarah pentadbiran. Jawatankuasa penubuhan telah diwujudkan dan beliau sendiri telah banyak kali mengadakan siri perbincangan mengenainya. Cadangan ini diteruskan oleh tuan Haji Abdul Ghazali bin Karim ketika beliau menjadi Pengarah Pentadbiran pada tahun-tahun berikutnya dan diteruskan oleh Puan Haniza binti Hasan, mantan Penolong Pengarah Pentadbiran.

Idea menubuhkan Koperasi di Majlis Bandaraya Johor Bahru turut dilontarkan dalam mesyuarat agung dwi-tahunan Persatuan Perkhidmatan Bandaraya Johor Bahru (PPBJB) pada 28 Jun 2007 melalui usul yang dibawa oleh Tuan Haji Mohd Siari bin Juraimi dan disokong oleh Tuan Haji Wan Azmi bin Ahmad. Aktiviti utama yang dicadangkan ialah menjual komputer, peralatan pejabat, keperluan rumah tangga, harta tanah dan lain-lain. Melalui koperasi ini ahli-ahli PPBJB diharap akan berpeluang membeli barangan yang berkualiti dengan harga mampu. Usul ini telah dibahaskan oleh ahli-ahli PPBJB dan mesyuarat sebulat suara telah memberi mandat kepada jawatankuasa PPBJB yang baru dilantik ketika itu untuk melaksanakan usul tersebut.

Berikutan itu,PPBJB telah membentuk jawatankuasa penubuhan Koperasi di mana semua jawatankuasa PPNJN menjadi ahli jawatankuasa ini. Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan bersama-sama dengan beberapa orang jawatankuasa penubuhan Koperasi terdahulu. Ini termasuklah merangka Undang-undang Kecil Koperasi, Mencipta beberapa nama Koperasi yang sesuai, menjalankan kempen untuk mengumpul anggota supaya menjadi ahli dan akhirnya mengadakan mesyuarat agung permulaan pada 18 Jun 2009 di Auditorium JOTiC Johor Bahru dengan dihadiri oleh 94 orang bakal anggota. Usaha untuk mendaftarkan Koperasi dilakukan selepas itu sehingga berjaya.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memperakukan pendaftaran Koperasi Anggota Majlis Bandaraya Johor Bahru Berhad dan Undang-Undang Kecilnya yang diluluskan oleh mesyuarat agung permulaan pada 18 Jun 2009, seterusnya didaftarkan sebagai sebuah Koperasi asas dengan liabiliti terhad, dibawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 pada 29 Disember 2009. Sejak itu hingga kini, Koperasi ini ditadbir oleh 15 orang anggota Lembaga Koperasi

Penubuhan Koperasi ini sangat signifikan dan tentunya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melahirkan Koperasi ini, yang mengambil masa lebih kurang 12 tahun. Ia menepati hasrat asal penubuhan Koperasi pada tahun 1997 yang kemudiannya diteruskan oleh PPBJB pada tahun 2008. Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada SKM, pentadbiran MBJB dan PPBJB yang berterusan memberi kerjasama serta sokongan. Tahniah dan syabas kepada semua anggota MBJB / ahli PPBJB yang telah bersama-sama mendukung kelahiran Koperasi Anggota Majlis Bandaraya Johor Bahru Berhad.

MATLAMAT

Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip Koperasi

FUNGSI

Fungsi utama Koperasi ialah Pengguna

AKTIVITI

Menjual barangan keperluan harian anggota Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta Mengadakan subsidiary menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada Koperas-koperasi lain Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung

SENARAI AHLI LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI ANGGOTA MAJLIS BANDARAYA
JOHOR BAHRU BERHAD

BIL NAMA JAWATAN 1 Tuan Haji Abdul Ghazali Bin Karim Pengerusi 2 Puan Hajah Inzura Binti Kosnin Setiausaha 3 Puan Nafizah binti Pangah @ Paat Bendahari 4 Encik Mokhzani Bin Haji Mislan ALK 5 Tuan Haji Wan Azmi Bin Wan Ahmad ALK 6 Encik Sulaiman Bin Ashari ALK 7 Encik Sarwan Bin Sirkam ALK 8 Encik Mohd Fadzil Suhaimi Bin Talibin ALK 9 En. Syamsulariffin bin Mustafa ALK 10 Mohd Adenan bin Marjon ALK

PUSPANITA MBJB

$
0
0

AKTIVITI-AKTIVITI TERKINI PUSPANITA MBJB

JOM SERTAI PERTANDINGAN MEMASAK 03 MAC 2019

AHLI JAWATANKUASAPUSPANITA  MBJB TAHUN 2017/2018

Pengerusi   

YDH Hajah Norliza binti Hashim

Timbalan Pengerusi  Puan Mazlifah binti Isa Setiausaha     Puan Siti Khadijah binti Rappa Penolong Setiausaha    Puan Siti Juraiha binti Bachok Bendahari      Puan Arfah binti Idrus Penolong Bendahari    Cik Norfaizah binti Abu Ahli Jawatankuasa   Puan Hajah Maheran binti Yusoff   Puan Hajah Ramlah binti Ismail   Puan Fadzilah binti Abdul Rahim   Puan Rasidah binti Abd Kadir   Puan Sharifah Roziah binti Syed Abdul Ghafar   Puan Nor Azah binti Nor Aziz   Puan Hamidah binti Brahim @ Zol   Puan Hajah Zainaba binti Abd Rahman

SEMARAK JUARA FUN RUN SUKMA JOHOR 2020 15 FEBRUARI 2020

$
0
0

Acara yang ditunggu-tunggu telah tiba! Ayuh bersama kita semarakkan semangat SUKMA XX Johor 2020! Daftarkan diri anda di https://www.racexasia.com/event/semarak-juara-fun-run-sukma-xx-johor-2020/

#SukmaXXJohor2020

 

SESI TOWNHALL DATUK BANDAR BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH RUMAHPANGS ORKID, TAMAN DESA CEMERLANG

$
0
0

12 Januari 2020 : Sekitar Sesi Town Hall Datuk Bandar Johor Bahru Bersama Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Kos Rendah di Rumah Pangsa Orkid, Taman Desa Cemerlang pagi tadi.

Sesi town hall ini adalah merupakan siri pertama dalam 22 siri sesi town hall bersama Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Kos Rendah di sekitar bandar raya Johor Bahru yang akan diadakan sepanjang tahun 2020 ini.

Terima kasih warga setempat yang dapat sama-sama hadir pagi tadi.

 



Dasar, Pekeliling & Garis Panduan MBJB

$
0
0
Garis Panduan Permohonan Kelulusan Ubahan Tambahan Kerja-Kerja Kecil Rumah Kediaman Garis Panduan Permohonan Permit Sementara Pemasangan Serambi Kedai (Awning) Di Dalam Kawasan MBJB Garis Panduan Permohonan Permit Sementara Pemasangan Penghadang Kedai (Railing/Pasu) Di Dalam Kawasan MBJB Garis Panduan Permohonan Permit Bagi Pemasangan Serambi (Awning) Kilang Berbandung/Semi D Pindaan Garis Panduan Permohonan Permit Bagi Pemasangan Serambi (Awning) Kilang Kluster Pindaan Garis Panduan Permohonan Permit Bagi Pemasangan Serambi (Awning) Kilang Sesebuah Pindaan Garis Panduan Permohonan Permit Bagi Pemasangan Serambi (Awning) Kilang Teres Dasar Pembinaan Bonggol Jalan (Hump) Garis Panduan Permohonan Pemasangan Papan Tanda Tunjuk Arah Dalam Kawasan MBJB Panduan Pencegahan Jenayah Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan (ISF) Menamakan Bangunan, Jalan, Taman Kawasan Serta Nombor Bangunan Di Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru Protokol Bendera Johor dan Bendera-Bendera Daerah Johor Dasar Perbandaran Negara 2

Pusat Setempat OSC

$
0
0
MANUAL PEMOHON OSC 3.0 MANUAL AGENSI - OSC 3.0


 

Statistik e-Perkhidmatan

$
0
0

MBJB - SENARAI BILANGAN TRANSAKSI APLIKASI DALAM TALIAN

Jan - Mac 2019

No. Aplikasi Bilangan Transaksi 2019 JAN FEB MAC Jumlah 1 iTrafik MBJB 38 40 45 123 2 iPerolehan 50 45 61 156 3 SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) 56 60 46 162 4 OSC-Online 106 69 118 293 5 eKhidmat 300 294 162 756 6 JOP (Johor Epayment Portal) 62 42 46 150 7 e-Borang 88 90 97 275 8 e-Direktori Staf 144 89 98 331

MBJB - SENARAI BILANGAN TRANSAKSI APLIKASI DALAM TALIAN

April - Jun 2019

No. Aplikasi Bilangan Transaksi 2019 APR MEI JUN Jumlah 1 iTrafik MBJB 65 54 123 242 2 iPerolehan 98 165 111 374 3 SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) 356 291 333 980 4 OSC-Online 89 117 59 265 5 eKhidmat 166 278 312 756 6 JOP (Johor Epayment Portal) 133 144 210 1243 7 e-Borang 29 80 72 181 8 e-Direktori Staf 97 88 54 239

MBJB - SENARAI BILANGAN TRANSAKSI APLIKASI DALAM TALIAN

Julai - Sept 2019

No. Aplikasi Bilangan Transaksi 2019 JUL OGOS SEPT Jumlah 1 iTrafik MBJB 166 98 102 366 2 iPerolehan 255 301 197 1753 3 SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) 361 258 260 879 4 OSC-Online 169 125 164 458 5 eKhidmat 244 213 269 726 6 JOP (Johor Epayment Portal) 265 299 361 925 7 e-Borang 98 99 56 253 8 e-Direktori Staf 59 74 25 158

MBJB - SENARAI BILANGAN TRANSAKSI APLIKASI DALAM TALIAN

Okt -Dis 2019

No. Aplikasi Bilangan Transaksi 2019 OKT NOV DIS Jumlah 1 iTrafik MBJB 50 56 65 171 2 iPerolehan 90 105 123 318 3 SISPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) 109 159 198 466 4 OSC-Online 55 67 88 210 5 eKhidmat 201 211 233 645 6 JOP (Johor Epayment Portal) 47 66 68 181 7 e-Borang 29 34 35 98 8 e-Direktori Staf 88 78 80 246

MBJB/K/1/2020 - MBJB/K/5/2020

PENDAFTARAN ATAS TALIAN FESTIVAL MEMANAH TRADISIONAL JOHOR BAHRU 2020 YANG AKAN DIADAKAN PADA 29 FEBRUARI 2020 & 1 MAC 2020 MASIH DIBUKA SEBELUM 3O JANUARI 2020

$
0
0

Festival Memanah Tradisional Johor Bahru 2020 akan diadakan pada 29 Februari 2020 &  1 Mac 2020 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Untuk sertai, sila klik pautan pendaftaran atas talian http://gamentrajohor.wixsite.com/johor sebelum 30 Januari 2020.

SEKITAR MAJLIS BACAAN RATIB AL-ATTAS DAN ASMAUL-HUSNA

$
0
0

16 Januari 2020 : Sekitar Majlis Bacaan Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna anggota MBJB pagi tadi yang dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Imam Zahid bin Naim, Imam Masjid Pasir Pelangi.




PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL (PSI) MBJB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KONSULAT JENDERAL REPUBLIK INDONESIA JOHOR BAHRU

$
0
0

15 Januari 2020 : Delegasi Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, yang diketuai oleh Bapak Sunarko, Konsul Jenderal Republik Indonesia, telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Sultan Ismail (PSI) Johor Bahru petang tadi.

Delegasi yang turut disertai oleh Konsul Penerangan Sosial Budaya bersama-sama 3 orang pegawai Konsulat Republik Indonesia itu telah disambut oleh Encik Khairul Anuar bin Esa, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBJB serta mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pustakawan MBJB berkenaan perkhidmatan perpustakaan dan program pendidikan yang dijalankan PSI.

Dalam sesi kunjungan tadi, Bapak Sunarko turut berkesempatan untuk melihat sekitar projek pembangunan PSI yang sedang giat dilaksanakan.



PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MBJB DI CIQ JOHOR BAHRU

$
0
0

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MBJB DI CIQ JOHOR BAHRU

Seramai lebih 300 anggota bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan MBJB telah terlibat dalam program khidmat masyarakat di sekitar kompleks Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru pagi tadi bermula jam 7.30 pagi hingga 10.00 pagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersihkan kawasan persekitaran kompleks CIQ.

Program ini adalah merupakan satu inisiatif dalam memupuk usaha memelihara kebersihan bandar raya Johor Bahru, lebih-lebih lagi kerana ianya merupakan pintu gerbang selatan Semenanjung Malaysia.

Turut bersama MBJB pagi tadi adalah Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, PDRM dan juga pihak pengurusan Bangunan Sultan Iskandar.

 

 

Sesi Town Hall Program Kelestarian Pendidikan LA 21 MBJB dan Majlis Menandatangani MOU di antara MBJB, PPD Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang

$
0
0

19 Januari 2020 : Sekitar Sesi Town Hall Program Kelestarian Pendidikan LA 21 MBJB dan Majlis Menandatangani MOU di antara MBJB, PPD Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim petang tadi.

Program Kelestrian Pendidikan LA 21 merupakan suatu proses pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan MBJB ke atas 141 buah sekolah dalam kawasan MBJB yang terdiri daripada Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setiap tahun bermula tahun 2020.

Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan memberi peluang kepada mereka untuk membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, seterusnya masyarakat dan negara.

Di dalam sesi town hall tadi juga, MBJB telah memaklumkan hadiah yang ditawarkan kepada pihak sekolah iaitu berupa geran projek pembangunan sekolah bagi 28 sekolah terbaik yang telah mencapai markah penilaian sebanyak 80% ke atas.



 

MBJB/K/6/2020 - MBJB/K/12/2020

MBJB/K/13/2020 - MBJB/K/25/2020

Viewing all 2376 articles
Browse latest View live